Fragmen

Fragmen
Album studio oleh
Dilancarkan pada30 Jun 2014 (Fizikal)[1]
14 Julai 2014 (Digital)[2] [nota 1]
Dirakamkan padaDisember 2013 - Jun 2014
GenrePop, R&B
Panjang35:11
BahasaBahasa Melayu Sunting nilai ini di Wikidata
SyarikatSiti Nurhaliza Productions
Universal Music Malaysia
PenerbitSiti Nurhaliza (Eksekutif), Mujahid Abdul Wahab (Eksekutif), Aubrey Suwito, Faizal Tahir, Mike Chan, Ade Govinda
Kronologi Siti Nurhaliza
All Your Love
(2011)
Fragmen
(2014)
SimetriSiti
(2017)
Single daripada Fragmen
  1. "Lebih Indah"
    Dikeluarkan: 31 Ogos 2013
  2. "Jaga Dia Untukku"
    Dikeluarkan: 4 Mei 2014
  3. "Terbaik Bagimu"
    Dikeluarkan: 15 Oktober 2014
  4. "Seluruh Cinta"
    Dikeluarkan: 21 Oktober 2014
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Fragmen (Jawi: فراڬمن) ialah album studio ke-17 dan album bahasa Melayu ke-16 oleh penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza. Album ini dilancarkan pada 30 Jun 2014 secara fizikal oleh Universal Music Malaysia dengan kerjasama syarikat milknya, Siti Nurhaliza Productions. Secara liriknya, kebanyakan lagu dalam album ini adalah berdasarkan kehidupan dan pengalamannya. Pembikinan album ini telah menyaksikan kerjasama antara penggubah, penulis lirik dan penerbit dari Malaysia dan Indonesia.

Fragmen mempertaruhkan empat single untuk pasaran Malaysia, "Lebih Indah", "Jaga Dia Untukku", "Terbaik Bagimu" dan "Seluruh Cinta". Pada 2014, “Lebih Indah” menerima dua pencalonan di Anugerah Muzik Dunia 2014 menerusi kategori Lagu Terbaik Dunia dan Video Muzik Terbaik Dunia. Pada 17 Oktober 2014, “Lebih Indah” melayakkan Siti memenangi kategori Artis Terbaik (Wanita) dan Lagu Terbaik (Malaysia) di Anugerah Planet Muzik 2014. Pada 21 Oktober, Fragmen dan single-singlenya telah dicalonkan dalam enam kategori berlainan di Anugerah Industri Muzik. Pada 6 Disember, “Lebih Indah” dan Fragmen juga melayakkan beliau memenangi kategori Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita) dan Album Terbaik di anugerah yang sama. Kemenangannya untuk “Lebih Indah” menandakan kali ke-12 Siti memenangi kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita).[4]

Album ini telah dilancarkan secara rasminya di Indonesia pada 21 Oktober 2014. Runut tambahan, sebuah lagu duet bersama Cakra Khan, “Seluruh Cinta” telah dilancarkan sebagai single pertama album ini untuk pasaran Indonesia pada hari yang sama.

Sehingga 27 Ogos 2014, album ini telah menerima pengiktirafan Platinum selepas dipasarkan sebanyak 10,000 salinan. Lebih kurang 3 bulan kemudian, Fragmen dianggarkan telah dijual sekitar 50,000 salinan.

  1. ^ Editorial MH (30 Jun 2014). Album Terbaru Dato' Siti Nurhaliza 'Fragmen' Dijual Hari Ini Diarkibkan 2014-09-09 di Wayback Machine MediaHiburan.Karangkraf.com. Dicapai pada 1 Julai 2014.
  2. ^ a b Universal Music Malaysia (Domestic)'s Admin (15 Julai 2014). Fragmen's First Promo on Universal Music Malaysia (Domestic)'s Facebook Account Dicapai pada 2 Ogos 2014.
  3. ^ Universal Music Malaysia (Domestic)’s Admin (10 Julai 2014). Fragmen Available for Streaming on Deezer and Spotify Dicapai pada 2 Ogos 2014.
  4. ^ Kakitangan RotiKaya (7 Disember 2014). Siti Nurhaliza Rangkul Vokal Terbaik AIM Buat Kali Ke-12 RotiKaya.com. Dicapai pada 8 Disember 2014.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "nota", tetapi tiada tag <references group="nota"/> yang berpadanan disertakan


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne