Francis Drake

Sir Francis Drake
Februari-Mac 1540 – 27 Januari 1596 (umur 55)

Potret minyak di atas kanvas kurun ke-16 Sir Francis Drake di Buckland Abbey, dilukis oleh Marcus Gheeraerts Si Muda.
Nama gelaran: El Draque (sepanyol), Draco (latin, "Si Naga")
Jenis: Privatir
Tempat lahir: Tavistock, Devon, England
Tempat mati: Portobelo, Colón, Panama
Kesetiaan: England
Tahun berkhidmat: 1563 – 1596
Pangkat: Naib Laksamana
Pangkalan operasi: Laut Caribbean
Kawalan: Golden Hind (dahulunya dikenali sebagai Pelican)
Pertempuran/perang: Perang Inggeris-Sepanyol (1585)
Pertempuran Gravelines

Sir Francis Drake (kk 154028 Januari, 1596) merupakan tentera upahan (England privateer), pakar pandu arah, wira tentera laut, ahli politik, pedagang hamba-abdi dan jurutera am pada Zaman Elizabeth. Dia merupakan orang Inggeris pertama mengelilingi bumi, dari tahun 1577 sehingga 1580.

Pada tahun 1579, Drake mendarat di utara California, atau kemungkinannya lebih utara di Oregon ataupun Barat Laut Pasifik (lokasi sebenar masih diperdebatkan oleh ahli sejarah) dan menuntut tanah sebagai "Nova Albion" untuk takhta England. Peta yang dihasilkan selepas itu mempunyai "Nova Albion" ditulis bagi keseluruhan sempadan utara New Spain.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne