Francis Yeoh

Tan Sri (Dr)
Francis Yeoh Sock Ping
CBE, FICE
Pengarah Urusan YTL Corporation
Menyandang jawatan
1988
Maklumat peribadi
Lahir (1954-08-23) 23 Ogos 1954 (umur 70)
Kuala Selangor, Selangor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
PasanganMendiang Puan Sri Paduka Rosaline Yeoh
AnakRuth Yeoh
Jacob Yeoh
Joseph Yeoh
Joshua Yeoh
Rebekah Yeoh
Tempat belajarKingston University
University of Nottingham
Bidang pengkhususanAhli perniagaan
Francis Yeoh ialah seorang personaliti perniagaan di Malaysia.

Tan Sri Dato' Francis Yeoh Sock Ping CBE (nama Cina : 楊肅斌; pinyin: Yáng Sùbīn, lahir 23 Ogos 1954) ialah seorang ahli perniagaan Malaysia, dan anak sulung kepada billionair Malaysia, Tan Sri Dato' Seri Yeoh Tiong Lay. Beliau mendapat ijazah Sarjana Muda Sains (Hons.) di dalam kejuruteraan am dari Universiti Kingston, United Kingdom pada tahun 1978.

Francis mendapat pendidikan menengahnya di Victoria Institution di Kuala Lumpur, Malaysia di mana beliau pernah menjadi Ketua Pelajar. Beliau telah menjadi Pengurus Besar kepada Syarikat YTL Corporation pada tahun 1988. Di bawah kelolaannya, Kumpulan YTL telah membesar daripada satu senarai tunggal pada tahun 1985 kepada satu kuasa yang mengandungi lima syarikat disenaraikan dan beliau menjadi konglomerat terbesar di Malaysia.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne