Frantz Fanon | |
---|---|
Kelahiran | |
Meninggal dunia | 6 Disember 1961 | (umur 36)
Pusat pendidikan | Universiti Lyon |
Karya terkenal | Peau noire, masques blancs, Les Damnés de la Terre |
Pasangan | Josie Fanon |
Era | Falsafah abad ke-20 |
Falsafah | Falsafah Afrikana |
Sekolah | Marxisme Eksistensialisme kulit hitam Teori kritis |
Kepentingan utama | Penyahjajahan and Pascapenjajahan, revolusi, psikopatologi penjajahan, rasisme |
Idea cemerlang | Kesedaran ganda, Pengasingan berjajah, To become black |
Dipengaruhi | |
Mempengaruhi |
Frantz Omar Fanon (disebut [fʁɑ̃ts fanɔ̃ terdekat fronts fa.nong]; 20 Julai 1925 – 6 Disember 1961) atau nama pena lainnya Ibrahim Frantz Fanon merupakan seorang filsuf politik, pakar psikiatri dan penulis kelahiran Martinique.[1][2][3] Pemikiran dibawa beliau banyak menumpukan kepada kesan mental dibawa penjajahan terhadap masyarakat serta hubungan pembebasan daripada cengkaman kuasa asing dengan pemulihan terhadap keperibadian, masyarakat dan budaya manusia.[4][5][6]
Karya-karya beliau amat mengilham banyak pergerakan kemerdekaan radikal serata dunia dari Palestin sampai ke Afrika Selatan.[7][8][9] Beliau juga membangunkan kaedah pemulihan penyakit mental secara integrasi dalam masyarakat yang diketahui dan diamalkan sehingga hari ini.