Fred Harman (9 Februari 1902 - 2 Januari 1982) terkenal sebagai pelukis Red Ryder, "koboi pejuang terkemuka di Amerika."
Harman berusia dua bulan apabila keluarganya berpindah dari St. Joseph, Missouri, ke Pagosa Springs, Colorado, di mana beliau membesar bersama gaya hidup berkuda dan menternak. Ketika bekerja sebagai pembantu pemberita akhbar The Kansas City Star, beliau bergaul dengan para pelukis yang bekerja untuk akhbar tersebut.
Ketika berusia 20 tahun, beliau mula melukis kartun dan iklan di syarikat Kansas City Filmad Co., di mana beliau bertemu dengan Walt Disney. Mereka bersekutu untuk masa yang singkat di Bandaraya Kansas; setelah Disney menuju ke Hollywood, Harman juga mengikutinya. Di Pantai Barat, Harman menyunting, mengilustrasi dan menerbitkan majalah Western yang lingkup selepas hanya mengeluarkan tiga isu.