Frederick II, Maharaja Suci Rom

Frederick II
Maharaja Suci Rom, Raja Jerusalem, Raja Jerman, Itali, Burgundy dan Sicily
Maharaja Suci Rom
Pemerintahan1220 - 1250
Didahului olehOtto IV
Diikuti olehHenry VII
Raja Sicily
Pemerintahan1198–1250
Kemahkotaan3 September 1198
Didahului olehHenry VI
Diikuti olehConrad I
Raja Jerusalem
Pemerintahan1225–1228
Kemahkotaan3 September 1198
Didahului olehYolande
Diikuti olehConrad II
PemakamanKatedral dari Palermo
PasanganConstance dari Aragon
Yolande dari Jerusalem
Isabella dari England
Bianca Lancia (?)
AnakandaHenry (VII) dari Jerman
Conrad IV dari Jerman
Margaret, Margravine dari Thuringia
Constance, Maharani Byzantine
Manfred dari Sicily
AyahandaHenry VI, Maharaja Suci Rom
BondaConstance dari Sicily
Paparan amaran: Page using Template:Infobox royalty with unknown parameter "place of birth"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox royalty with unknown parameter "place of death"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox royalty with unknown parameter "date of death"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox royalty with unknown parameter "date of birth"
Kelahiran Frederick II

Frederick II dari Hohenstaufen ( 26 Disember, 1194 – 13 Disember, 1250) adalah Maharaja Suci Rom (Raja Rom) sejak pertabalan paus beliau pada tahun 1220 sehingga kematian; beliau juga merupakan seorang penuntut takhta Raja Rom bermula pada tahun 1212 dan pemegang yang tidak dicabar bagi keberajaan ini bermula 1215. Oleh yang demikian, beliau adalah Raja Jerman, Itali, dan Burgundy. Semasa berumur tiga tahun, beliau ditabalkan sebagai Raja Sicily, yang tidak diragui menjadi haknya; ibu beliau Constance, adalah anak perempuan bagi Roger II dari Sicily. Gelaran diraja lain beliau adalah Raja Jerusalem di sebabkan perkahwinan dan hubungan beliau dalam Perang Salib Keenam.

Empayar beliau sering terlibat dengan negeri-negeri Kepausan, dan demikian beliau telah dikucilkan dua kali dan sering kali difitnah dalam babab pro-kepausan pada ketika itu. Paus Gregory IX memanggil beliau sebagai Anti Kristian.

Beliau terkenal pada zamannya sebagai Stupor mundi ("keajaiban dunia") dan dikatakan boleh bertutur enam bahasa: Latin, Sicily, Jerman, Perancis, Greek dan Arab.[1] Mengikut standard pada masa itu, Frederick merupakan seorang penanung luar biasa yang sangat menggemari akan sains dan seni.

  1. ^ Cronica, Giovanni Villani Book VI e. 1. (Rose E. Selfe's English translation)

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne