Freemium[1][2] ialah sebuah model perniagaan dengan penawaran perkhidmatan asas secara percuma tetapi mengenakan bayaran untuk ciri-ciri khusus atau lanjutan yang disebut premium. Istilah "freemium" merupakan portmanteau yang dibuat dengan menggabungkan dua aspek dari model perniagaan ini, iaitu "free" dan "premium". Model perniagaan ini popular di kalangan syarikat Web 2.0.[3]