INS Godavari
| |
Ringkasan kelas | |
---|---|
Nama: | Kelas Godavari |
Pembina: | Mazagon Dock Limited |
Pengguna: | Tentera Laut India |
Didahului oleh: | kelas Nilgiri |
Diganti oleh: | kelas Brahmaputra |
Ditauliahkan: | 1983 – kini |
Dirancang: | 3 |
Disiapkan: | 3 |
Aktif: | 1 |
Dibersarakan: | 2[1] |
Ciri-ciri umum | |
Jenis: | Frigat peluru berpandu dipandu |
Sesaran: |
|
Panjang: | 126.4 m (414 ka 8 in) |
Lunas: | 14.5 m (47 ka 7 in) |
Draught: | 4.5 m (14 ka 9 in) |
Jana kuasa: | 2 × turbin stim 30,000 hp (22,400 kW) |
Halaju: | 27 knot (50 km/j) |
Jarak: | 4,500 nmi (8,300 km) at 12 knot (22 km/j) |
Anak kapal: | 313 (termasuk 40 pegawai, 13 krew udara) |
Sistem penderia dan pemprosesan: |
|
Peperangan elektronik & pengumpan: |
|
Persenjataan: |
|
Pesawat yang dibawa: | 2 × helikopter Sea King, HAL Dhruv atau HAL Chetak |
Frigat kelas-Godavari (dahulunya frigat Type 16 atau Projek 16) adalah sebuah frigat peluru berpandu dalam perkhidmatan Tentera Laut India. Kelas Godavari merupakan inisiatif rekabentuk kapal perang terpenting yang pertama untuk India. Rekabentuknya berdasarkan ubahsuai yang dibuat pada kelas Nilgiri yang mana memfokuskan kandungan tempatan sebanyak 72%, dengan badan yang lebih besar dan persenjataan terkini.
Dua buah kapal dalam kelas ini kini berkhidmat dengan Tentera Laut India, sebuah darinya masih dalam perkhidmatan aktif. Kapal pertama dari kelas ini, INS Godavari telah dinamakan bersempena dengan nama Sungai Godavari. Manakala kapal seterusnya, INS Ganga dan INS Gomati juga diambil dari nama-nama sungai di India.
INS Gomati merupakan kapal Tentera Laut India pertama yang dilengkapi dengan peralatan digital elektronik di dalam sistem data tempurnya. Kapal-kapal ini menggunakan gabungan sistem persenjataan India, Rusia dan Barat.[2]
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama swansong