GNU

GNU
Pembuat asalRichard Stallman
PembangunProjek GNU
Pelancaran pertama27 September 1983
JenisSistem pengendalian
LesenLesen Awam Am GNU dan lesen-lesen perisian bebas lain
Pautan berkaitan
Tapak webhttp://www.gnu.org/
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

GNU ialah sebuah sistem pengendalian perisian bebas. Namanya ialah akronim rekursif bagi "GNU's Not Unix" (iaitu "GNU bukannya UNIX") yang telah dipilih kerana reka bentuknya seakan-akan dengan UNIX tetapi tidak mengandungi sebarang kod UNIX. Sistem GNU yang digabungkan dengan Linux, sebuah inti pihak ketiga, merupakan sebuah sistem pengendalian yang paling banyak digunakan di dunia. Gabungan ini biasa digelarkan secara mudah sebagai "Linux" sahaja.

Rancangan untuk sistem pengendalian GNU diumumkan pada bulan September 1983 oleh Richard Stallman, dan kerja untuk membangunkan perisian dimulakan pada bulan Januari 1984. Projek untuk membangunkan GNU telah digelarkan sebagai Projek GNU, dan semua atur cara yang diterbitkan di bawah Projek GNU digelarkan pakej GNU atau atur cara GNU.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne