Galbi

Galbi
Nama Korea
Hangul갈비
Hanjan/a
Perumian SemakanGalbi
McCune–ReischauerKalbi

Galbi atau kalbi secara amnya merujuk kepada pelbagai jenis hidangan gui atau panggang dalam masakan Korea yang diperbuat daripada perapan rusuk pendek daging lembu (atau babi) dalam sos ganjang (kicap Korea).[1] Dalam bahasa Korea, galbi secara harfiah bermaksud "tulang rusuk" dan boleh merujuk kepada rusuk yang telah dimasak atau belum dimasak. Walaupun nama penuh hidangan adalah galbi gui, perkataan "gui" (memanggang) biasanya digugurkan. Suwon dan Los Angeles antara tempat yang terkenal dengan Galbi mereka.

Galbi biasanya diperbuat dengan rusuk daging lembu, dan ia boleh dipanggil "sogalbi" (소갈비) atau "soegalbi" (쇠갈비). Awalan "so" atau "soe" (daging lembu) sering digugurkan apabila merujuk kepada tulang rusuk lembu. Ia juga dikenali sebagai bulgalbi apabila dipanggang di atas api. Galbi juga boleh dibuat dengan rusuk babi atau ayam; dalam kes begitu, hidangan dipanggil "dwaeji galbi" (돼지갈비) atau "dak galbi" (닭갈비) untuk memberi penekanan kepada bahan utama.[1]

Ia disenaraikan pada nombor 41 dalam 50 makanan paling lazat dunia oleh suara pembaca CNN Go pada 2011.[2]

  1. ^ a b "Korean Food: Broiled or Grilled Foods". Dicapai pada 2008-04-20.
  2. ^ CNN Go Your pick: World's 50 most delicious foods 7 September 2011. Retrieved 2011-10-11

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne