![]() |
![]() Majalah GamePro, isu keluaran Mei 2010 | |
Naib Presiden, Kandungan | Julian Rignall |
---|---|
Kategori | Kewartawanan permainan video |
Kekerapan | Bulanan |
Isu pertama | Majalah: April 1989; Laman sesawang: 1998 |
Isu terakhir | Majalah: Musim sejuk 2011; Laman sesawang: 2011 |
Syarikat | IDG |
Negara | Amerika Syarikat |
Bertapak di | Oakland, California |
Bahasa | Bahasa Inggeris |
Laman web | (Inggeris) GamePro.com |
ISSN | 1042-8658 |
GamePro merupakan sebuah syarikat media permainan video Amerika Syarikat dan penerbitan online dan kandungan bercetak untuk industri permainan video, perkakasan permainan video dan perisian permainan video yang dihasilkan untuk konsol permainan video (contohnya, PlayStation 3, Xbox 360, Wii), sebuah komputer, dan/atau peranti bergerak (contohnya, PSP-PlayStation Portable, Nintendo DS, iPhone). Majalah GamePro serta GamePro.com adalah di bawah GamePro Media. Syarikatnya merupakan anak syarikat kepada International Data Group (IDG), sebuah syarikat penyelidikan, media teknologi dan acara-acara.
Pertama kalinya diterbitkan pada 1989, majalah GamePro menyumbang kepada artikel, berita, previu serta ulasan tentang permainan video, perkakasan permainan video dan industri permainan video. Majalahnya diterbitkan secara bulanan daripada ibu pejabatnya di San Francisco, California. Isu bulan Februari 2010 memperkenalkan sebuah susun atur yang direka semula berserta sebuah arahan editorial baru yang bertumpu kepada orang awam dan budaya permainan video.[1]
GamePro menamatkan penerbitan mereka dan menjadi sebahagian daripada laman sesawang PC World pada 5 Disember, 2011.[2]