Gandar

Gandar dan roda kereta api yang diletakkan di atas landasan.

Gandar ialah sebatang syaf yang dipasang pada tayar atau gear. Sebatang gandar boleh dipasang tetap pada tayar dan berputar bersama-sama dengan tayar atau dipasang tetap pada kenderaan, di mana hanya tayar sahaja yang bergerak di sekeliling gandar.[1]

Gandar biasanya memiliki bebola bearing yang membenarkan putaran yang dipasang di tempat-tempat tertentu mengikut jenis gandar. Gandar yang dipasang tetap di tayar memiliki bearing di tempat cantuman gandar manakala gandar yang dipasang tetap di kenderaan mempunyai bebola bearing di pusat tayar untuk membenarkan putaran tayar.

  1. ^ Mechanical Engineering design (ed. 9th). McGraw Hill. 2010. m/s. 360. ISBN 0073529281.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne