Gangster (filem 2005)

Gangster
Poster keluaran tayangan
PengarahBade Hj. Azmi
PenulisBade Hj. Azmi
Lakon layarBade Hj. Azmi
Dihasilkan olehGayatri Su-Lin Pillai (eksekutif)
Dibintangi
SinematografiRaja Mukhriz
Disunting olehS. Rakesh
Muzik olehAzman Abu Hassan
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
13 Januari 2005 (Malaysia)[1]
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM2 juta
Pecah panggungRM2.8 juta[2]

Gangster ialah sebuah filem aksi Malaysia 2005 arahan dan skrip oleh Bade Hj. Azmi,[3][4] dibintangi oleh Rosyam Nor yang memegang tiga watak berlainan iaitu Rosli, Nala dan Legau. Barisan pelakon lain terdiri daripada Umie Aida, Siti Elizad, Hasnul Rahmat, Ako Mustapha, Aqasha, Adlin Aman Ramlie dan Saiful Apek. Plot filem ini merupakan gabungan tiga cerita dalam satu filem yang mana ketiga-tiga cerita akhirnya dipautkan pada penghujung filem. Cerita pertama ialah mengenai skim cepat kaya dan seorang pemberi pinjaman, yang kedua ialah tentang pengedar dadah, dan yang ketiga ialah mengenai perlumbaan haram. Sebanyak empat adegan telah ditapis kerana tidak diluluskan untuk tayangan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF). Filem ini ditayangkan pada 13 Januari 2005 dan menerima ulasan positif.[5][6][7]

  1. ^ "Catatan penerbitan Gangster". Filemkita.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Jun 2008. Dicapai pada 7 Februari 2013.
  2. ^ Silvia Wong (19 Januari 2006). "Malaysian box office reaches record high" (dalam bahasa Inggeris). Screen Daily. Dicapai pada 5 Julai 2018.
  3. ^ Abie Abdullah (16 Januari 2005). "Gangster sarat cerita, mesej". Harian Metro. Dicapai pada 14 Januari 2021.
  4. ^ "Bade mampu pikat penonton bukan Melayu". Berita Harian. 17 Januari 2005. Dicapai pada 14 Januari 2021.
  5. ^ Zubir Mohd Yunus (23 Januari 2005). "Gangster kuasai litar lumba". Berita Minggu. Dicapai pada 14 Januari 2021.
  6. ^ Suraiya Mohd Nor (7 Januari 2005). "Gangster mahu amuk di pawagam". Berita Harian. Dicapai pada 14 Januari 2021.
  7. ^ Izza Safinaz Ibrahim (8 Januari 2005). "Pawagam mula diserang Gangster". Berita Harian. Dicapai pada 14 Jun 2021.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne