![]() | Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Cina. (November 2022)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Ganzhi (Bahasa Cina: 干支 ; pinyin: gānzhī) merupakan sistem kitaran 60 kombinasi dua kitaran asas, iaitu 10 Batang Samawi (天干 ; tiāngān) dan 12 Dahan Duniawi (地支 ; dìzhī). Kitaran ini secara tradisionalnya digunakan sebagai kaedah menanda hari dan tahun, bukan sahaja di China, bahkan juga di negara Asia Timur yang lain seperti Jepun, Korea, dan Vietnam. Ganzhi juga berperanan penting dalam astrologi Cina.