Gaperon | |
---|---|
![]() | |
Jenis | Keju Perancis, keju susu lembu, white mold-rind cheese (en) ![]() ![]() |
Asalan | |
Negara | Perancis |
Kawasan | Auvergne |
Lokasi | Limagne (en) ![]() ![]() |
Ciri-ciri | |
Sumber susu | Lembu |
Tekstur | Lembut |
Tempoh penuaan | 4 minggu |
Maklumat lain | |
Pengeluaran | 150 t ![]() |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Gaperon adalah keju dari daerah Auvergne di negara Perancis yang dibuat dengan menggunakan dadih susu lembu.[1] Keju in secara tradisional dibuat di rumah-rumah dan bukan buatan pabrik.[1] Pada awalnya, dadih digunakan untuk membuat keju ini namun susu skim telah sering digunakan.[1] Dadih untuk membuat keju Gaperon dikacau bersama dengan bawang putih dan biji lada sebelum ditekan ke dalam acuan yang berbentuk seperti mangkuk.[1] Setelah itu, keju tersebut diikat dengan tali rafia dan digantung di dapur ataupun gudang agar mengering.[1] Bentuk keju Gaperon ini adalah seperti kubah dengan ukuran tinggi 7.5 sentimeter manakala beratnya kira-kira 300 gram.[2] Keju Gaperon dilitupi dengan kulit berwarna putih yang berbulu dan mempunyai tompok-tompok berwarna kelabu dan biru.[2] Apabila keju ini masih muda, teksturnya lembut dan kulitnya boleh dimakan.[2] Manakala itu, ketika keju tersebut telah melalui proses kematangan teksturnya menjadi semakin keras.[2] Terdapat suatu tradisi memberikan keju Gaperon yang diikat dengan pita sebagai hadiah.[2]
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama encyclopedia