Terdapat sekurang-kuragnya lima atau enam zaman air batu utama dalam sejarah Bumi sejak 3 bilion tahun dahulu. Zaman Air Batu Senozoik Akhir bermula sejak 34 juta tahun dahulu, dengan fasa terbaharunya iaitu pengglasieran Kuaterner yang sedang berlangsung sejak 2.58 juta tahun dahulu.
Dalam zaman ais, wujud tempoh keadaan glasier yang lebih teruk dan keadaan lebih sederhana, masing-masing dirujuk sebagai tempoh glasier dan tempoh antara glasier . Bumi pada masa ini berada dalam tempoh interglasial seperti glasiasi Kuaterner, dengan Tempoh Glasier Terakhir Kuarter telah berakhir kira-kira 11,700 tahun yang lalu. Tempoh antara glasier semasa dikenali sebagai epok Holosen. Berdasarkan proksi iklim, ahli paleoklimatologi mengkaji keadaan iklim yang berbeza yang berasal daripada proses pengglasieran.