Garis Maginot | |
---|---|
Ligne Maginot | |
Sebahagian daripada Garis Maginot | |
Timur Perancis | |
![]() | |
Jenis | Garis pertahanan |
Maklumat tapak | |
Dikawal oleh | Perancis |
Dibuka kepada orang awam | Ya |
Sejarah tapak | |
Dibina | 1930–1940 |
Dibina oleh | Andre Maginot, Paul Painlevé |
Diguna sejak | 1935–1969 |
Bahan | Konkrit dan besi |
Perang | Perang Dunia Kedua
|
Garis Maginot adalah satu garisan Perkubuan konkrit, penghalang kereta kebal, pos mesingan dan pertahanan lain yang dibina oleh pihak Perancis sepanjang sempadannya dengan Jerman dan Itali selepas Perang Dunia I. Secara umumnya istilah tersebut merujuk samaada kepada keseluruhan sistem atau pertahanan yang menghadap ke Jerman sementara Garis Alpine bagi baris pertahanan Perancis-Itali. Pihak Perancis percaya bahawa kubu tersebut akan memberikan masa bagi kerahan tentera mereka sekiranya diserang dan mengimbangi kelemahan jumlah tentera. Kejayaan pertempuran pertahanan statik dalam Perang Dunia I merupakan pengaruh utama pemikiran pihak Perancis.