Gegar Vaganza | |
---|---|
![]() Logo Gegar Vaganza, yang pertama kali digunakan sejak 2014. | |
Format | Rancangan realiti |
Pencipta | Michael Ang & Astro |
Pengarah | Hj Shaharuddin Mokhtaruddin (musim 2 - 10) Shahhril Hadziman Abu Talib (musim 5 & 11) |
Pencerita suara latar | Sam Innuendo (musim 2 - 12) |
Lagu tema | "Bintang Kembali Menyengat" nyanyian Datuk Nash |
Negara asal | ![]() |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Bilangan musim | 12 |
Bilangan episod | 95 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Namanzee Harris (musim 2 & 3) Fadzlina Zakaria (musim 4) Hj Shaharuddin Mokhtaruddin (musim 6 - 12) |
Penerbit | Farhana Hussin (musim 2 - 12) Mohd Noor Firdaus Mahadi (musim 2 - 5) Mohd Najib Mohd Amin (musim 6) |
Lokasi | Auditorium MBSA, Shah Alam (musim 1 - 3,5 - 6,9 -12) Dewan Sri Putra, Bukit Jalil (musim 4) Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) (musim 7 - 8) |
Pemasangan kamera | Tetapan multi-kamera |
Tempoh siaran | 150 minit |
Syarikat penerbitan | Astro |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Ria Astro Prima |
Format gambar | 480i (SDTV) 1080i (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal |
|
Kronologi | |
Rancangan berkaitan | Gema Gegar Vaganza Big Stage Akademi Fantasia The Masked Singer Malaysia |
Gegar Vaganza (akronim, GV) ialah sebuah rancangan televisyen realiti muzik Malaysia terbitan Astro yang menyaksikan penyanyi profesional lama atau berpengalaman dalam industri muzik di Malaysia bersaing dalam satu pertandingan nyanyian. Dihoskan oleh Nabil Ahmad[1] dan Jihan Muse[2] manakala pada musim ke-9 Elly Mazlein telah menjadi hos terbaru bersama Nabil Ahmad. Rancangan ini telah disiarkan di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) (mulai musim kedua (2015). Bagi musim pertama (2014), ia turut disiarkan di Astro Maya HD (135) (sebelum pelancaran Astro Ria HD pada musim kedua) dan Astro Prima (105).