Gemala Hayati

Fail:Laksamana Keumala Hayati.jpg
Gambaran Laksamana Malahayati

Gemala Hayati (daripada Acheh: Keumalahayati) adalah salah seorang perempuan pejuang yang berasal dari Kesultanan Aceh. Ayahnya bernama Laksamana Mahmud Syah, iaitu anak kepada Laksamana Muhammad Said Syah, putera kepada Sultan Salahuddin Syah yang memerintah sekitar tahun 1530–1539 M. Ayahanda Salahuddin, Sultan Ibrahim Ali Mughayat Syah (1513–1530 M) merupakan pengasas Kerajaan Aceh Darussalam.[1]

Pada tahun 1585–1604, beliau menjadi Kepala Barisan Pengawal Istana Panglima Rahasia dan Panglima Protokol Pemerintah dari Sultan Saidil Mukammil Alauddin Riayat Syah IV.[2]

Beliau bertanggungjawab memimpin sebanyak 2,000 orang menganggotai Inong Balee (janda-janda pahlawan yang telah syahid) yang berperang melawan kapal-kapal dan benteng-benteng Belanda tanggal 11 September 1599 sekaligus membunuh Cornelis de Houtman dalam pertempuran satu lawan satu di geladak kapal. Beliau mendapat pangkat Laksamana atas keberaniannya dalam pimpinan ini.[3]

Jenazah Malahayati dikebumikan di bukit Krueng Raya, Lamreh, Aceh Besar.[perlu rujukan]

  1. ^ "Laksamana Keumalahayati". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-11. Dicapai pada 2019-01-17.
  2. ^ Kronik Perempuan-perempuan Pejuang Aceh di Kalyanamedia
  3. ^ "Laksamana Malahayati dan bangsa kita". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-26. Dicapai pada 2019-01-17.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne