Gempak Most Wanted | |
---|---|
Genre | Chart Show, Entertainment, Digital Content Creator |
Pengacara | Amelia Henderson, Sean Lee (2022 - kini) |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris |
Bilangan musim | 4 musim (2022 - kini) |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Syazwan Zakariah, Nazihah Dalhar, Adly Syairi |
Penerbit | Blue Asyraff, Feyra Nasrom |
Tempoh siaran | Setiap hari Rabu jam 11 malam |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Ria |
Siaran asal | 28 September 2022 |
Pautan luar | |
Gempak Most Wanted |
"Yang Penting, Trending!" - Gempak Most Wanted merupakan sebuah rancangan carta interaktif mingguan memfokuskan segala yang trending, viral & sensasi di semua platform digital.
Berkonsepkan ‘chart show', Gempak Most Wanted akan menyenaraikan kandungan hiburan atau video pendek Top 5 yang tular di pelbagai platform media sosial setiap minggu. Kandungan-kandungan ini dipilih berdasarkan pencalonan umum daripada orang awam dan jumlah undian daripada Netizen di gempak.com/gempakmostwanted.
Memulakan siaran pada 28 September 2022 setelah mengambil alih rancangan Gempak TV dan menampilkan pelakon dan pengacara, Amelia Henderson dan Sean Lee sebagai hos di studio. Manakala hos lokasi, Isha Norsham dan Daniel Cheang.
Musim pertama bersiaran pada setiap hari Rabu, 9 malam. Manakala musim kedua, ketiga dan keempat bersiaran pada setiap hari Rabu, 11 malam di Astro Ria, Astro GO & On Demand.
Pada setiap tahun, video montaj & intro untuk anugerah edisi terdahulu akan digunakan untuk Gempak Most Wanted Weekly Show untuk musim yang baharu selari dengan tema pada anugerah edisi yang lalu untuk diberi nafas yang lebih segar pada setiap musim bagi weekly show tersebut.
Pada penghujung musim Gempak Most Wanted, calon yang mengekalkan kedudukan di dalam carta undian mingguan bagi setiap kategori akan diberikan mata pemarkahan dengan undian yang tertinggi di dalam Top 5 akan berpeluang untuk disenarai pendek bagi bertanding di acara Gempak Most Wanted Awards pada tahun berikutnya.