Genesis Apocryphon

Genesis Apocryphon atau apokrif Kitab Kejadian (juga disebut Apocryphon of Genesis; Apokrifon Kitab Kejadian; Apokrifa Kitab Kejadaian; asalnya disebut "Wahyu kepada Lamekh"; Apocalypse of Lamech ) diberi label 1 QapGen atau 1 Q20, adalah satu dari tujuh Naskah Laut Mati yang pertama kali ditemui dari gua nombor 1 di dekat Qumran, di Tebing Barat sungai Yordan. Ditulis dalam bahasa Aram, naskah ini terdiri daripada 4 keping kulit, dan merupakan yang paling tidak terawat dari tujuh naskah asli tersebut. [1] naskah ini dijumpai di musim semi tahun 1947. Bersama dengan tiga naskah gulungan lainnya (gulungan Yesaya A, skrip komentari Kitab Habakuk dan Buku Peraturan Disiplin) gulungan ini dijual oleh orang Bedouin kepada Syrian Metropolitan, Mar Athanasius Yeshue Samuel, di biara St. Mark 's Monastery, di kota tua Jerusalem. Tiga gulungan pertama boleh dibuka dengan mudah dan diterbitkan oleh Millar Burrows untuk American Schools of Oriental Research dengan seijin Metropolitan, sementara gulungan yang keempat ini ternyata rapuh dan memerlukan pengendalian khusus. Naskah itu berukuran 13.5 inci panjangnya dan 2,75 inci lebar di bahagian yang paling luas di tengah. Kerana suasana yang kurang aman, maka pada tahun 1948 naskah ini dipindahkan ke Syria, Lubnan dan akhirnya ke Amerika Syarikat. Empat gulungan itu kemudian dijual melalui iklan di Wall Street Journal pada tarikh 1 Jun 1954, harga $ 250,000, - kepada negara Israel dan akhirnya disimpan di "Shrine of the Books" di Jerusalem. [2]

  1. ^ Davies, Philip R., George J. Brooke, and Phillip R. Callaway, the Complete World of the Dead Sea Scrolls (London: Thames & Hudson, 2002), 100.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Fitzmyer

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne