Genggong

Sepasang genggong jenis moden.

Genggong (disebut [géng.gong];[1] bahasa Inggeris: Jew's harp atau mouth harp) adalah alat muzik jenis idiofon atau lamelofon yang dimainkan dengan mengepit tekan alat tersebut pada rongga mulut sambil memetik "lidah", utas tali yang dihubungkan dengan lidah getar alat tersebut,[1] ataupun lidah getar berupa lamela logam; mulut si pemakai dalam situasi ini berfungsi sebagai resonator menghasilkan bunyi tersendiri.

Ia lazim diperbuat daripada buluh, pelepah enau, kayu atau logam.

  1. ^ a b "'genggong' - Maklumat Kata". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 9 Januari 2020.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne