George F. Smoot

George Smoot meraikan kejayaan Hadiah Nobel pada 3 Oktober 3, 2006 pada Makmal Kebangsaan Lawrence Berkeley.

George Fitzgerald Smoot III (lahir 20 Februari 1945) merupakan seorang ahli astrofizik dan kosmologi Amerika Syarikat.

Beliau juga merupakan seorang professor fizik di University of California, Berkeley. Beliau telah dianugerahkan Hadiah Nobel dalam Fizik 2006, berkongsi dengan John C. Mather kerana "penemuan mereka terhadap bentuk jasad hitam dan anisotrofi latarbelakang gelombang mikro kosmik". Penemuan ini menolong mengukuhkan teori big-bang alam semesta menggunakan satelit COBE (Cosmic Background Explorer). Merujuk kepada ahli jawatankuasa Hadiah Nobel, "projek COBE boleh dianggap sebagai titik permulaan kosmologi sebagai satu sains yang tepat". [1]

  1. ^ "Information for the public" (PDF). The Royal Swedish Academy of Sciences. 2006-10-03. Dicapai pada 2006-10-05.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne