Georgia | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: ძალა ერთობაშია Dzala Ertobashia ("Kekuatan dalam Penyatuan") | |||||
Lagu kebangsaan: თავისუფლება Tavisupleba ("Kebebasan") | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Tbilisi 41°43′N 44°47′E / 41.717°N 44.783°E | ||||
Bahasa rasmi | Georgia (seluruh negara) Abkhazia (Abkhazia AR)[1][2] | ||||
Kumpulan etnik (2014[a]) | 86.8% orang Gurji 6.2% Azerbaijan 4.5% Armenia 0.7% Rusia 2.1% Lain-lain | ||||
Agama (2014) | 88.1% Kristian —83.4% Ortodoks Georgia —5.7% Kristian lain 10.7% Islam 1.2% Lain/Tiada[3] | ||||
Kerajaan | Republik berparlimen kesatuan | ||||
• Presiden | Salome Zurabishvili (სალომე ზურაბიშვილი) | ||||
Shalva Papuashvili (შალვა პაპუაშვილი) | |||||
Irakli Kobachidze (ირაკლი კობახიძე) | |||||
Badan perundangan | Parlimen | ||||
Sejarah penubuhan | |||||
abad ke-13 c. SM – 580 M | |||||
786–1008 | |||||
1008 | |||||
1463–1810 | |||||
12 September 1801 | |||||
26 Mei 1918 | |||||
25 Februari 1921 | |||||
• Kemerdekaan dari Kesatuan Soviet Pengisytiharan Penyempurnaan | 9 April 1991 25 Disember 1991 | ||||
24 Ogos 1995 | |||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 69,700 km2 (26,900 bt2) (Ke-119) | ||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2020 | 3,716,858 [a][4] 4,012,104 [b] (Ke-131) | ||||
• Bancian Penduduk 2014 | 3,713,804 [a][5] | ||||
57.6/km2 (149.2/sq mi) (Ke-137) | |||||
KDNK (PPP) | 2019 | ||||
• Jumlah | $46.05 billion[a][6] (Ke-112) | ||||
$12,409[a][6] (Ke-101) | |||||
KDNK (nominal) | 2019 | ||||
• Jumlah | $17.83 billion[6] (Ke-118) | ||||
$4,285[a][7] (Ke-107) | |||||
Gini (2018) | 36.4[8] sederhana | ||||
HDI (2018) | ▲ 0.786[9] tinggi · Ke-70 | ||||
Mata wang | Lari Georgia (₾) ( GEL ) | ||||
Zon waktu | UTC+4 (Waktu Georgia GET) | ||||
Arah memandu | kanan | ||||
Kod panggilan | +995 | ||||
Kod ISO 3166 | GE | ||||
DPT internet | .ge .გე | ||||
Laman sesawang rasmi Gov.ge | |||||
|
Georgia (Bahasa Georgia: საქართველო Sakartvelo; dikenali dari tahun 1990 hingga 1995 sebagai Republik Georgia) adalah sebuah negara di sebelah timur Laut Hitam di selatan Kaukasus. Bekas republik bagi Kesatuan Soviet ini bersempadan dengan Rusia di sebelah utara dan Turki, Armenia serta Azerbaijan di selatan.
Georgia kaya dengan sejarah yang mendalam serta mengamalkan budaya menarik yang telah lama dipelihara. Ketika Zaman Pertengahan, Kerajaan Georgia telah muncul sebagai kerajaan terkuat dengan mencapai kemuncaknya antara abad ke-10 dan ke-13. Selepas menempuh zaman penguasaan Turki dan Parsi, Georgia telah ditakluk oleh Empayar Rusia pada abad ke-19. Kemudian, munculnya negara Georgia merdeka yang wujud dari tahun 1918 dan 1921 sebelum ia digabungkan ke dalam Kesatuan Soviet. Pada tahun 1936, Georgia menjadi sebuah republik kesatuan sehingga pembubaran Kesatuan Soviet. Ketika zaman Soviet, ekonomi Georgia mengalami pemodenan dan dipelbagaikan. Georgia mengisytiharkan kedaulatan negaranya pada 19 November 1989 dan kemerdekaannya secara rasmi pada 9 April 1991.
Georgia merupakan sebuah negara membangun yang terletak di kedudukan ke-70 dalam Indeks Pembangunan Manusia. Georgia merupakan anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Majlis Eropah dan Pertubuhan untuk Demokrasi dan Pembangunan Ekonomi GUAM. Georgia mempunyai dua wilayah bebas iaitu Abkhazia dan Ossetia Selatan yang memperoleh pengiktirafan antarabangsa yang sangat terhad selepas Perang Rusia-Georgia 2008. Kebanyakan negara dunia menganggap wilayah-wilayah itu sebagai wilayah Georgia di bawah pendudukan Rusia.[10]