Gereja Katolik di Scotland

Gereja Katolik di Scotland
Penyaliban Santo Andrew, oleh Juan Correa de Vivar (1540–1545)
Klasifikasi utamaKatolik
OrientasiLatin
Kitab suciBible
TeologiTeologi Katolik
Bentuk
pemerintahan
Episkopal
Badan
pemerintahan
BCOS
PausFrancis
PresidenHugh Gilbert
Nuncio ApostolikMiguel Maury Buendía
WilayahScotland
BahasaInggeris, Latin
PendiriSaint Ninian, Saint Mungo, Saint Columba
Didirikans. 200-an: Agama Kristian di Rom Britain
s. 400-an: Kristian Zaman Pertengahan
PecahanGereja Scotland
Umat841,053 (2011)[1]
Laman web rasmibcos.org.uk
Katedral Metropolitan St. Mary, Edinburgh

Gereja Katolik di Scotland, yang diselia oleh Persidangan Uskup Scotland, adalah sebahagian daripada Gereja Katolik sedunia yang dipimpin oleh Paus. Agama Kristian diperkenalkan ke Britain Rom dan kemudian tersebar ke Scotland, diperkukuhkan dengan pemelukan orang Pict oleh misi Ireland-Scotland dan Biara Iona. Walaupun akarnya yang mendalam dan sumbangannya kepada budaya dan kesusasteraan Scotland, Gereja Katolik telah diharamkan pada tahun 1560 oleh Parlimen Reformasi Scotland. Usaha-usaha seperti kebangkitan Jacobitisme (gerakan politik untuk meletakkan kerabat Stuart di atas takhta England, Scotland dan Ireland) gagal memulihkan agama Katolik atau menjamin kebebasan beragama. Walaupun Akta Bidang Kuasa Paus 1560 tidak lagi dikuatkuasakan, ia tetap berkuat kuasa mengikut undang-undang.

Selama hampir tiga abad ditindas antara tahun 1560 dan 1829,[2][3] pelajar yang ingin menjadi paderi Katolik menghadapi banyak cabaran. Ramai pergi berlatih di luar negara, manakala yang lain menghadiri seminari rahsia di Scotland, seperti di pulau Eilean Bàn dan kemudiannya Seminari Scalan di Glenlivet. Tokoh-tokoh seperti Uskup John Geddes memainkan peranan penting ketika ini, dengan Geddes menjadi tokoh terkemuka dalam Pencerahan Scotland dan dikagumi penyair kebangsaan Robert Burns.

Kempen untuk pembebasan Katolik berjaya pada tahun 1829, memulihkan kebebasan beragama dan hak sivil. Menjelang 1878, hierarki Katolik di Scotland ditegakkan semula secara rasmi.[4] Di Tanah Tinggi, paderi-paderi seperti Uskup Angus MacDonald dan Rahib Allan MacDonald mengetuai penentangan terhadap perbuatan-perbuatan diskriminasi seperti Pemugaran Tanah Tinggi dan peras sewa, yang diilhamkan oleh Perang Tanah Ireland.

Pada abad ke-19, ramai penganut Katolik di Tanah Rendah Scotland ada keturunan pendatang Ireland dan penutur bahasa Gaelik Tanah Tinggi yang berhijrah contohnya semasa Pemugaran Tanah Tinggi dan kebuluran besar—di kedua-dua Scotland dan Ireland. Komuniti-komuniti Katolik lain dari Itali, Lithuania,[5] Ukraine dan Poland kemudian muncul, dengan penghijrahan meningkatkan lagi populasi. Menjelang 2009, populasi Katolik Scotland dianggar terletak sekitar 850,000, daripada populasi keseluruhan 5.1 juta.[6]

Sesetengah kawasan yang berbahasa Gaelik, antaranya Barra, Benbecula, Uist Selatan dan Moidart, tetap bermajoriti Katolik. Pengaruh ini terbukti dalam kesusasteraan Gaelik Scotland Pasca-Reformasi dan dalam Nahdah Gaelik baru-baru ini, dengan sumbangan daripada tokoh-tokoh seperti Iain Lom, Sìleas na Ceapaich, Alasdair Mac Mhaighstir Alasdair dan Angus Peter Campbell.

Dalam banci 2011, 16% warga Scotland menganggap diri sebagai Katolik, berbanding 32% yang mengaitkan diri dengan Gereja Scotland. Antara tahun 1994 dan 2008, kehadiran Misa Katolik merosot, dengan hanya 184,283 orang yang hadir secara tetap menjelang 2008, menurut Persidangan Waligereja Katolik Scotland.[7]

  1. ^ "2011 Census: Key Results from Releases 2A to 2D". Scotland's Census.
  2. ^ William Forbes Leith (1909), Memoirs of Scottish Catholics during the XVIIth and XVIIIth Centuries. Volume I The Reign of King Charles I, Longman, Green, and Co. 39 Paternoster Row, London. pp. 361-381.
  3. ^ William Forbes Leith (1909), Memoirs of Scottish Catholics during the XVIIth and XVIIIth Centuries. Volume II From Commonwealth to Emancipation, Longman, Green, and Co. 39 Paternoster Row, London. pp. 393-406.
  4. ^ Archdiocese of Edinburgh Diarkibkan 6 Ogos 2018 di Wayback Machine www.archdiocese-edinburgh.com. Retrieved 21 February 2009
  5. ^ "Immigration and Emigration – Scotland – Strathclyde – Lithuanians in Lanarkshire". BBC. Dicapai pada 18 December 2011.
  6. ^ Andrew Collier "Scotland's confident Catholics" Tablet 10 January 2009, pg. 16
  7. ^ "How many Catholics are there in Britain?". BBC News. 15 September 2010. Dicapai pada 6 March 2013.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne