Gereja Presbiterian atau Presbyterianisme (terbitan kata Latin presbyter "orang yang tua; tua-tua"[1]) adalah salah satu mazhab dalam cabang Kristian Protestan yang berakar daripada gerakan Reformasi pada abad ke-16 di Eropah Barat.[2] Dari segi doktrin dan ajaran, Gereja Presbiterian mengikuti ajaran-ajaran Jean Calvin, seorang paderi Perancis pada abad ke-16.[3]
Penganut aliran ini (bahasa Inggeris: Presbyterian ) umumnya dapat ditemukan dalam negara-negara bekas jajahan Empayar British termasuk Amerika Syarikat , Australia, New Zealand dan India.[4][5] serta beberapa negara yang berbudaya kuat dipengaruhi oleh Amerika Syarikat seperti Korea Selatan dan Filipina.[4][5]