Nombor AFA | 144 | ||
---|---|---|---|
Pengekodan | |||
X-SAMPA | X\ | ||
| |||
Sampel audio | |||
Geseran farinks tak bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ħ (huruf h kecil berpotong) dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan X\ dalam X-SAMPA.
Penutur bahasa Melayu lebih menemukan bunyi konsonan ini pada bahasa Arab yang mempunyai huruf ح (ḥa) sebagai wakil bunyi ini,[1] huruf itu pula dikenali sebagai ha pedas kerana keterdekatannya dengan bunyi cungapan yang terhasil apabila memakan makanan pedas. Walau bagaimanapun, kata pinjaman diserapkan dari bahasa ini akan terubah fonemnya kepada yang hampir mirip iaitu geseran glotis tak bersuara (/h/).[1]