Nombor AFA | 140 | ||
---|---|---|---|
Pengekodan | |||
X-SAMPA | x | ||
| |||
Sampel audio | |||
Geseran velar tak bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara x dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan x dalam X-SAMPA.
Dalam bahasa Melayu, ciri ini dipinjam dari bahasa Arab dan dilambangkan oleh huruf خ kha[1]:112 serta dieja sedemikian dalam tulisan Jawi; sebutan ini cenderung terganti dengan fonem /k/ untuk penutur yang kurang mengetahui asal-usul perkataan pinjaman disebut. Sistem Ejaan yang Disempurnakan dipakai serantau sejak tahun 1972 melambangkan bunyi ini dengan dwihuruf kh (contohnya: khidmat خدمة, akhbar اخبار, tarikh تريخ);[2] sebelum itu, sistem-sistem ejaan Republik dan van Ophuijsen di Indonesia menggunakan dwilambang ch mengikut kelaziman bahasa Belanda.[2][3]