Gestasi merupakan tempoh perkembangan embrio atau janin yang terkandung di dalam haiwan viviparus,[1] khususnya untuk mamalia, tetapi juga berkenaan untuk sesetengah bukan mamalia. Mamalia bunting boleh mengalami satu atau lebih gestasi pada masa yang sama.
Selang masa gestasi itu dipanggil tempoh gestasi. Dalam bidang obstetrik manusia, usia gestasi bermaksud usia persenyawaan ditambah dua minggu, iaitu sedikit sebanyak bersamaan dengan tempoh sejak bermulanya tempoh haid yang terbaru.