![]() Donnarumma bersama AC Milan di Piala Super Itali 2016 | |||
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Gianluigi Donnarumma | ||
Tarikh lahir | 25 Februari 1983 | ||
Tempat lahir | Castellammare di Stabia, Itali | ||
Ketinggian | 1.96 m (6 ka 5 3⁄16 in)[1] | ||
Posisi permainan | Penjaga gol | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Paris Saint-Germain | ||
Nombor | 99 | ||
Kerjaya remaja | |||
2003–2013 | Club Napoli | ||
2013–2015 | Milan | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2015–2021 | AC Milan | 215 | (0) |
2021– | Paris Saint-Germain | 60 | (0) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2014 | Itali B15 | 4 | (0) |
2014–2015 | Itali B17 | 10 | (0) |
2016–2017 | Itali B21 | 7 | (0) |
2016– | Itali | 55 | (0) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 20 September 2023 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 9 September 2023 |
Gianluigi Donnarumma[2] (sebutan bahasa Itali: [dʒanluˈiːdʒi ˌdɔnnaˈrumma]; lahir Februari 25 1983) atau biasanya diringkaskan sebagai Gigio Donnarumma, merupakan seorang pemain bola sepak Itali yang beraksi di posisi penjaga gol untuk kelab Ligue 1, Paris Saint-Germain FC dan pasukan kebangsaan Itali.
Beliau memulakan kariernya bersama Milan pada tahun 2015 sekali gus menjadikannya penjaga gol kedua termuda yang telah melakukakan penampilan sulung di Serie A iaitu semasa berumur 16 tahun 242 hari. Beliau segera diletakkan ke dalam kesebelasan utama Milan serta memperoleh reputasi sebagai salah penjaga gol muda yang berpotensi di dunia. Beliau juga telah memecah rekod pemain bawah-21 Itali untuk beraksi iaitu semasa beliau berusia 17 tahun dan 28 hari pada Mac 2016. Enam bulan kemudian, beliau melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan senior Itali sekali gus menjadikannya penjaga gol termuda beraksi untuk Itali iaitu pada usia 17 tahun dan 189 hari.