Gincu (Jawi: ݢينچو ) ialah produk kosmetik yang memberikan warna, tekstur dan perlindungan kepada bibir pemakai. Alat solekan ini datang dalam pelbagai warna dan jenis; dan ia secara umumnya dipakai oleh kaum wanita, namun pemakaiannya tidak terhad dalam kalangan lelaki.
Gincu juga bertindak sebagai pelembap bibir yang bertindak memberikan warna dan kelembapan kepada bibir pemakai yang cenderung mengering akibat persekitaran.