Girls' Generation

Girls' Generation
Latar belakang
Juga dikenali sebagai
Sonyeo Sidae (Korea)
Shōjo Jidai (Jepun)
Shàonǚ Shídài (Cina)
SNSD, GG, SoShi
Berasal dariKorea Selatan Seoul, Korea Selatan
GenreK-pop, pop tarian, elektropop
Tahun aktif(2007 )- kini
Pengkarya berkait
SMTown (
Laman sesawang
girlsgeneration.smtown.com
Ahli
Bekas ahliJessica
Paparan amaran: Laman yang menggunakan Templat:Kotak info pemuzik dengan parameter tidak diketahui "Label Google blog Mala..."

Girls' Generation bermakna: "Generasi Gadis") merupakan kumpulan muzik wanita K-pop yang dibentuk oleh syarikat SM Entertainment pada tahun 2007. Kumpulan muzik ini juga dikenali sebagai Soshi (소시) atau SNSD di kalangan peminat mereka iaitu Sone . Pada mulanya Kumpulan Muzik Ini terdiri daripada 9 orang ahli iaitu Taeyeon, Jessica , Sunny, Tiffany, Hyoyeon, Yuri, Sooyoung, Yoona and Seohyun. Tetapi pada 30 Septemper 2014 , Jessica secara rasminya telah keluar daripada Girls' Generation dan mengambil keputusan untuk menjadi artis solo.

Kumpulan ini telah melancarkan tiga album lengkap dan tiga album mini bahasa Korea, satu album studio bahasa Jepun serta beberapa buah album single. Pada mulanya, mereka tidak mendapat banyak perhatian daripada peminat ketika mereka berdebut. Pada tahun 2009, mereka melancarkan pula lagu yang bertajuk "Gee". Lagu tersebut memegang rekod lagu no.1 paling lama berada dalam carta Music Bank dengan kedudukan teratas (dalam carta) selama sembilan minggu berturut-turut.

Pada awal tahun 2010, kumpulan ini mengikat kontrak di bawah syarikat Nayutawave Records iaitu anak syarikat Universal Music. Syarikat ini telah menerokai pasaran muzik di Jepun dengan melancarkan lagu hit tahun 2009 mereka iaitu "Tell me your wish (Genie), "Gee","Run Devil Run"dan"Oh!" yang dibawa dalam bahasa Jepun. Setelah selesai beberapa aktiviti promosi di Jepun, Girls' Generation kembali ke Korea Selatan lalu melancarkan Lagu "The Boys" dalam tiga bahasa iaitu bahasa Korea, Jepun, dan Inggeris.

Mereka meningkatkan lagi kerjaya muzik mereka dengan menghasilkan sub-kumpulan iaitu Girls' Generation-TTS (TaeTiSeo), yang terdiri daripada Taeyeon, Tiffany, dan Seohyun. Sub-kumpulan ini memulakan debut mereka pada tahun 2012 dengan album mereka yang bertajuk Twinkle. Pada 2014 pula , mereka (TTS) melancarkan lagi sebuah album baru yang bertajuk Holler dan berjaya menduduki kedudukan teratas dalam K-Pop Chart.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne