Glee (musim 5)

Glee musim kelima disiarkan oleh Fox pada 19 April 2013, bersamaan dengan musim keenam.[1] Episod perdananya ditayangkan pada 26 September 2013, bertepatan dengan penayangan musim gugur 2013. Tayangan siri ini diteruskan dan berakhir pada Jun 2014, sama seperti musim pertama. Musim kelima ini juga menandai episod Glee ke-100, iaitu episod ke-12 pada musim ini. Pada 28 Jun 2013, dilaporkan bahawa Amber Riley, Heather Morris, Mark Salling, dan Harry Shum, Jr. tidak akan tampil dalam siri ini sebagai pelakon tetap, namun mereka muncul sebagai bintang tamu, manakala Jacob Artist, Melissa Benoist, Blake Jenner, Alex Newell, dan Becca Tobin menjadi pelakon utama.[2] Musim ini berakhir pada 13 Mei 2014 dengan jumlah 20 episod, lebih pendek dari musim-musim sebelumnya yang memiliki 22 episod. Pemotongan episod ini dilakukan kerana pertimbangan penarafan rancangan yang semakin rendah.[3][4]

Musim ini ialah musim pertama yang tidak menampilkan Cory Monteith sebagai Finn Hudson, yang meninggal dunia sebelum penerbitan musim kelima dimulakan. Dalam sebuah wawancara mengenai kelanjutan Glee setelah kematian Monteith, Ryan Murphy menyatakan bahawa watak Monteith, Finn Hudson, akan meninggal dunia pada episod ketiga. Episod tersebut sekaligus juga menjadi penghargaan bagi Monteith dan wataknya. Siri ini tamat setelah episod ketiga, dan berlanjut setelah berakhirnya musim besbol.[5][6]

  1. ^ Brown, Laurel (April 19, 2013). "'Glee' renewed for two seasons: FOX orders Season 5 and Season 6 early". Zap2it. Dicapai pada April 21, 2013.
  2. ^ Ausiello, Michael (June 28, 2013). "UPDATED Glee Exclusive: 4 Original Cast Members are Returning as Series Regulars for Season 5; Plus — Who's Getting Promoted?". TV Line. Mail.com Media. Dicapai pada July 1, 2013.
  3. ^ "Shows A-Z - glee on fox". TheFutonCritic.com. Dicapai pada 2014-01-16.
  4. ^ Gennis, Sadie. "Glee Cuts Current Season Short". TV Guide. Dicapai pada April 4, 2014.
  5. ^ Moore, Frazier (July 22, 2013). "Glee will air three episodes, including tribute to Cory Monteith, then go on hiatus". Edmonton Journal. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-25. Dicapai pada August 3, 2013.
  6. ^ Mitovich, Matt Webb (August 1, 2013). "Matt's Inside Line: Scoop on NCIS, New Girl, Glee, Castle, Flash, NCIS: LA, Scandal, SVU and More". TV Line. Mail.com Media. Dicapai pada August 3, 2013.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne