Glikolisis

Imej di atas mengandungi pautan boleh klik
Laluan metabolisme glikolisis yang menukarkan glukosa menjadi piruvat dalam satu siri metabolit perantaraan.    Setiap pemprosesan molekul dibantu oleh enzim berbeza.    Langkah 1 dan 3 menggunakan ATP dan    langkah 7 dan 10 menghasilkan ATP. Dengan langkah 6–10 berlaku dua kali per satu molekul glukosa, ini membawa kepada pemeroleh bersih ATP.

Glikolisis ("penguraian glukosa") ialah sebuah laluan metabolisme, yakni rantaian tindak balas biokimia yang berlaku dalam sitosol sel untuk memproses molekul gula lazim, glukosa (C
6
H
12
O
6
) menjadi piruvat CH
3
COCO
2
H
). Semua tisu menggunakan laluan glikolisis untuk memecahkan glukosa, menjanakan tenaga dan bahan perantara untuk tindak balas biosintesis. Glikolisis ialah pusat untuk metabolisme karbohidrat.

Glikolisis dibahagikan kepada dua peringkat iaitu:
1- Penukaran heksosa kepada dua triosa
2- Penukaran triosa fosfat kepada piruvat


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne