Goodluck Jonathan | |
---|---|
![]() Jonathan di White House pada tahun 2014 | |
Presiden Nigeria ke-14 | |
Dalam jawatan 6 Mei 2010 – 29 Mei 2015 (Memangku: 9 Februari 2010 – 6 Mei 2010) | |
Didahului oleh | Umaru Yar'Adua |
Digantikan oleh | Muhammadu Buhari |
Naib Presiden Nigeria | |
Dalam jawatan 29 Mei 2007 – 6 Mei 2010 | |
Presiden | Umaru Yar'Adua |
Didahului oleh | Atiku Abubakar |
Digantikan oleh | Namadi Sambo |
Gabenor Bayelsa | |
Dalam jawatan 9 Disember 2005 – 28 Mei 2007 | |
Didahului oleh | Diepreye Alamieyeseigha |
Digantikan oleh | Timipre Sylva |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Ogbia, Nigeria | 20 November 1957
Parti politik | Parti Demokratik Rakyat |
Pasangan | Patience Jonathan |
Tempat belajar | Universiti Port Harcourt |
Bidang pengkhususan | Ahli zoologi |
Goodluck Ebele Azikiwe Jonathan (lahir 20 November 1957)[1] ialah seorang ahli politik Nigeria yang berkhidmat sebagai Presiden Nigeria ke-14 dari 2010 hingga 2015.
Beliau pernah menjadi Gabenor Negeri Bayelsa dari 9 Disember 2005 hingga 28 Mei 2007, kemudian mengangkat sumpah sebagai Timbalan Presiden Republik Persekutuan Nigeria pada 29 Mei 2007. Jonathan ialah seorang ahli parti pemerintah Parti Demokratik Rakyat (PDP). Pada 13 Januari 2010, mahkamah persekutuan menyerahkan kuasa kepadanya untuk menguruskan hal-ehwal dalam negeri ketika Presiden Umaru Yar'Adua menerima rawatan perubatan di sebuah hospital di Arab Saudi. Kuasa Jonathan sebagai Pemangku Presiden disahkan oleh usul dari Senat Nigeria pada 9 Februari 2010.[2] Berikutan kematian Yar'Adua, Jonathan mengangkat sumpah selaku Presiden pada 6 Mei 2010. Beliau kemudian memenangi pilihan raya presiden pada 16 April 2011.[3]
Jonathan akhirnya kalah pada pilihan raya 2015 dan digantikan oleh Muhammadu Buhari pada 29 Mei 2015.