Gothenburg
Göteborg | |
---|---|
Country | Sweden |
Province | Västergötland and Bohuslän |
County | Västra Götaland County |
Municipality | Gothenburg Municipality, Härryda Municipality, Partille Municipality and Mölndal Municipality |
Charter | 1621 |
Keluasan | |
• Bandar Raya | 450 km2 (170 batu persegi) |
• Air | 14.5 km2 (5.6 batu persegi) 3.2% |
• Bandar | 203.67 km2 (78.64 batu persegi) |
• Metro | 3,717 km2 (1,435 batu persegi) |
Penduduk | |
• Bandar Raya | 519,399 |
• Kepadatan | 1,200/km2 (3,000/batu persegi) |
• Bandar | 549,839 |
• Kepadatan bandar | 2,700/km2 (7,000/batu persegi) |
• Metro | 937,015 |
• Kepadatan metro | 250/km2 (650/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+1 (CET) |
• Musim panas (DST) | UTC+2 (CEST) |
Laman sesawang | www.goteborg.se |
Gothenburg adalah bandar kedua terbesar di Sweden dan kelima terbesar di Negara-negara Nordik . Bandar ini terletak di pantai barat Sweden, mempunyai penduduk seramai 519399, dengan 549.839 di kawasan bandar dan 937.015 orang di kawasan metropolitan . Gothenburg diklasifikasikan sebagai sebuah bandar raya global oleh GaWC, dengan kedudukan Gamma-.
Kota Gothenburg diasaskan pada 1621 oleh Raja Gustavus Adolphus . Ia terletak di tepi laut di mulut Sungai Gota Älv - sungai yang mengalir melalui tengah bandar raya dan pelabuhan terbesar di negara - negara Nordic .
Gothenburg adalah tumpuan ramai pelajar dari Universiti Gothenburg dan Chalmers University of Technology Volvo diasaskan di Gothenburg pada tahun 1927. Bandar ini merupakan pusat sukan dan tuan rumah IFK Goteborg , GAIS dan Örgryte IS pasukan persatuan bola sepak serta pasukan hoki ais Frolunda HC .
Gothenburg boleh sampai melalui Lapangan Terbang Gothenburg-Landvetter, terletak 30 km di tenggara pusat bandar. Ia adalah lapangan terbang kedua terbesar di Sweden.