Grand Prix Sepanyol 2013

Sepanyol   Grand Prix Sepanyol 2013
Maklumat perlumbaan
Perlumbaan ke-5 daripada 19 dalam Formula Satu musim 2013.
Circuit de Catalunya
Circuit de Catalunya
Tarikh 12 Mei 2013
Nama rasmi 2013 Formula 1 Gran Premio de España[1]
Lokasi Circuit de Catalunya
Montmeló, Sepanyol
Litar Litar perlumbaan tetap
4.655 km (2.892 batu)
Jarak 66 pusingan, 307.024 km (190.826 batu)
CuacaCerah
Petak pertama
Pemandu Jerman Nico Rosberg Mercedes
Masa 1:20.718
Pusingan terpantas
Pemandu Mexico Esteban Gutiérrez Sauber-Ferrari
Masa 1:26.217 pada pusingan ke-56
Podium
Pertama Sepanyol Fernando Alonso Ferrari
Kedua Finland Kimi Räikkönen Lotus-Renault
Ketiga Brazil Felipe Massa Ferrari
Peneraju pusingan

Grand Prix Sepanyol 2013 (nama rasmi: 2013 Formula 1 Gran Premio de España)[1] ialah sebuah perlumbaan bermotor Formula Satu yang berlangsung pada 12 Mei 2013 di Circuit de Catalunya, di Montmeló, Sepanyol.[2] Perlumbaan ini merupakan yang kelima dalam kalendar Formula Satu musim 2013, dan merupakan Grand Prix Sepanyol ke-43 dalam Kejuaraan Dunia Formula Satu, dan yang ke-23 untuk diadakan di Catalunya.

Nico Rosberg mendapat petak pertama, di hadapan rakan sepasukan, Lewis Hamilton.[3] Fernando Alonso memenangi perlumbaan ini, di hadapan pemandu Lotus-Renault, Kimi Räikkönen, dan rakan sepasukannya dari Ferrari, Felipe Massa. Pemandu yang mendapat petak pertama, Nico Rosberg, menamatkan perlumbaan di tempat keenam.[4]

  1. ^ a b "2013 Formula 1 Gran Premio de España". Formula1.com. Kumpulan Formula Satu. Dicapai pada 27 April 2013.
  2. ^ "FIA Formula One calendar". FIA.com. Fedération Internationale de l'Automobile. Dicapai pada 27 April 2013.
  3. ^ "Rosberg leads Mercedes front row sweep in Spain". Autosport.com. Haymarket Publications. 11 Mei 2013. Dicapai pada 12 Mei 2013.
  4. ^ "Fernando Alonso takes commanding home win". Autosport.com. Haymarket Publications. 12 Mei 2013. Dicapai pada 13 Mei 2013.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne