Grehaun Inggeris

Grehaun Inggeris
Nama lainGreyhound Inggeris
Grehaun
Greyhound
Negara asalMeluas
Trait
Berat Jantan 27–40 kilogram (60–88 lb)[1]
Betina 25–34 kilogram (55–75 lb)[1]
Tinggi Jantan 71–76 sentimeter (28–30 in)
Betina 68–71 sentimeter (27–28 in)
Saiz perinduk 1–12 ekor anak anjing
Anjing (Canis lupus familiaris)

Grehaun Inggeris, greyhound Inggeris,[a] atau hanya grehaun atau greyhound,[b] ialah satu baka anjing pemburu penglihatan yang telah dibiakbakakan untuk coursing, perlumbaan grehaun, dan perburuan. Sejak peningkatan adopsi besar-besaran grehaun perlumbaan bersara, baka ini telah menyaksikan kebangkitan semula sebagai anjing peliharaan keluarga.

Grehaun ditakrifkan sebagai jenis anjing pemburu penglihatan "berbentuk S", tinggi, berotot, dan berbulu licin dengan tungkai panjang dan kaki teguh. Grehaun ialah baka terpisah daripada anjing pemburu penglihatan berkaitan lain, seperti grehaun Itali.[2][3]

Gabungan tungkai panjang dan berkuasa, dada dalam, spina boleh lentur, dan tubuh langsing pada grehaun membolehkannya mencapai purata kelajuan perlumbaan yang melebihi 64 kilometer per jam (40 mph).[4][5][6] Grehaun perlumbaan mampu mencapai kelajuan penuh sekurang-kurangnya 77 km/j (48 mph).[7][8][9]

Walau bagaimanapun, kelajuan paling lazim yang dicapai semasa memenangi perlumbaan ialah 58–61 km/j (36–38 mph).[10] Kelajuan maksimumnya dicapai sama ada berlari di trek lurus atau di trek membelok.[10]

  1. ^ a b "The English Oaks 2018 1st Round - Heat 11" (dalam bahasa Inggeris). Greyhound Board of Great Britain. Dicapai pada 24 Januari 2024.
  2. ^ "Greyhound" [Grehaun] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 24 Januari 2024.
  3. ^ "Greyhound Type - The Archtypical Sighthound" [Jenis Grehaun - Anjing Pemburu Penglihatan Arketip] (dalam bahasa Inggeris). Greyhound Club of America. Dicapai pada 24 Januari 2024.
  4. ^ "Shepparton (VIC)" (dalam bahasa Inggeris). Greyhound Data. Dicapai pada 2 Ogos 2013.
  5. ^ "Singleton (NSW)" (dalam bahasa Inggeris). Greyhound Data. Dicapai pada 2 Ogos 2013.
  6. ^ "Capalaba (QLD)" (dalam bahasa Inggeris). Greyhound Data. Dicapai pada 2 Ogos 2013.
  7. ^ "Richmond Straight 29 April 2023 Race 10" (dalam bahasa Inggeris). The Dogs. Dicapai pada 24 Januari 2024.
  8. ^ "Richmond Straight" (dalam bahasa Inggeris). The Dogs. Dicapai pada 24 Januari 2024.
  9. ^ Sharp, N. C. Craig (28 Julai 2012). "Animal athletes: a performance review" [Atlet haiwan: semakan prestasi]. Veterinary Record (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 171 (4): 87–94. CiteSeerX 10.1.1.861.6481. doi:10.1136/vr.e4966. ISSN 2042-7670. PMID 22843743. S2CID 8921436.
  10. ^ a b Usherwood, James R.; Wilson, Alan M. (7 Disember 2005). "Biomechanics: No force limit on greyhound sprint speed" [Biomekanik: Tiada had daya untuk kelajuan pecutan grehaun]. Nature (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 438 (7069): 753–754. Bibcode:2005Natur.438..753U. doi:10.1038/438753a. ISSN 1476-4687. PMID 16341003. S2CID 10639604.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne