Guardia Civil

Pengawal Awam (Sepanyol: Guardia Civil; [ˈɡwaɾðja θiˈβil]) adalah agensi penguatkuasaan undang-undang tertua di Sepanyol. Ia diuruskan sebagai satu pasukan tentera bayaran dengan tugasan polis di bawah kuasa kedua-dua pihak Kementrian dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan. Ia mempunyai kedua-dua peranan yang biasa dan khusus menjaga misi keamanan asing. Badan ini boleh dibandingkan dengan badan lain seumpamanya seperti Gendarmerie PerancisCarabinieri di Itali, Guarda Nacional Republicana di Portugal dan Koninklijke Marechaussee di Belanda.

Pihak ini membuat pengawasan terhadap kawasan pedalaman (termasuk lebuh raya dan pelabuhan) dan menyiasat jenayah di sana, sementara Policía Nacional menguruskan hal-hal keselamatan di kawasan bandar. Bandar-bandar juga mempunyai badan polis mereka yang tersendiri. Ketiga-tiga badan ini diselaraskan pentadbirannya oleh Kementerian dalam Negeri Sepanyol.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne