![]() |
Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Gun Sword (Inggeris). Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
Gun X Sword | |
![]() Gambar DVD Gun X Sword | |
Genre | Aksi |
---|---|
Anime | |
Pengarah | Goro Taniguchi |
Studio | Anime International Company, AIC |
Penyiaran Asal | ![]() ![]() |
Dikeluarkan pada | 4 Julai 2005 – 26 Disember 2005 |
Gun X Sword (ガン×ソード, Gan×Sōdo) (Tulisan Jawi: ڬون ايك س سوورد) ataupun hanya sebagai Gun Sword ("×" adalah senyap dan tidak disebut) merupakan sebuah siri anime yang diarahkan oleh Goro Taniguchi dan diterbitkan oleh Anime International Company, AIC yang telah mula disiarkan pada bulan Julai 2005. Juga dikenali sabagai GXS oleh sesetengah peminat, Van yang merupakan watak utama siri ini sedang mengembara mencari seorang lelaki misteri dengan tangan kanannya berkuku pencakar yang bertanggungjawab di atas kematian isterinya. Dalam pengembaraan Van, dia akan bertemu dengan beberapa pengembara lain, setiap daripada mereka secara tidak langsungnya pernah kehilangan sesuatu perkara yang penting kepada Lelaki Berkuku Palsu itu.
Gun X Sword berlatarkan sebuah dunia yang digelar "Dunia Ilusi Tiada Sempadan" (Planet of Endless Illusion), di mana manusia pelbagai ragam hidup bersama. Sistem dan struktur planet ini adalah sama jika dibandingkan dengan Bumi (contohnya seperti kewujudan bulan) dan secara teknikalnya berada di zaman Bumi serba moden. Perbezaannya lahir dengan kewujudan mesin-mesin pertarungan (seperti robot kawalan manusia) yang digelar "Armor". Secara keseluruhannya, Gun X Sword mempunyai sebuah budaya dan tema yang serupa dengan "zaman koboi" di Barat, perbezaannya dengan Bumi dapat dilihat dalam corak kehidupan rakyatnya yang lain daripada biasa.
Siri ini disiarkan oleh saluran rangkaian televisyen Animax untuk penonton di Asia Tenggara termasuklah Malaysia di bawah judul Gun X Sword.