Gunung Arafah

Gunung Arafah
جَبَل عَرَفَات
Titik tertinggi
Ketinggian454 meter (1,490 ka)
Koordinat21°21′17″N 39°59′02″E / 21.35472°N 39.98389°E / 21.35472; 39.98389Koordinat: 21°21′17″N 39°59′02″E / 21.35472°N 39.98389°E / 21.35472; 39.98389
Geografi
Gunung Arafah yang terletak di Arab Saudi
Gunung Arafah
Gunung Arafah
Kedudukan Gunung Arafah
LokasiBerdekatan Makkah, Wilayah Makkah, Arab Saudi (Hijaz)
Induk banjaranPergunungan Hijaz
Geologi
Usia batuan9.13 ± 1.05 Mya
Jenis gunungBukit granodiorit[1]
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info gunung dengan parameter tidak diketahui "alternate_name"
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info gunung dengan parameter tidak diketahui "fetchwikidata"
Gunung Arafah
Dataran Arafah sewaktu musim Haji
Para haji merayu di Dataran Arafah

Gunung Arafah atau Gunung Arafat (Arab: جبل عرفات; bahasa Arab Jabal ‘Arafāt) ialah sebuah bukit berbatu granit yang terletak di sebelah timur Makkah, Arab Saudi. Ia juga dikenali sebagai Gunung Rahmat (Jabal ar-Rahmah). Menurut tradisi Islam, di puncak bukit inilah Nabi Muhammad menyampaikan pesanan atau Khutbah Terakhir baginda kepada seluruh Muslim yang menunaikan ibadah Haji bersama baginda sebelum baginda meninggal dunia. Mengikut sejarah tradisi Islam juga dipuncak bukit inilah dimana Nabi Adam a.s. dan Hawa bertemu kembali di bumi selepas diperintah Allah turun ke bumi. Ketinggian bukit ini adalah kira-kira 70 meter.

Secara geologi, Gunung Arafah diketahui sebagai bukit granodiorit, terutamanya terdiri daripada feldspar, kuarza dan muskovit, di samping mineral-mineral lain.[1]

  1. ^ a b Qureshi, A. A.; Sultan, A.; Rashid, A.; Ali, M.; Waheed, A.; Manzoor, S.; Baloch, M. A.; Matiullah; Batool, S.; Khan, H. A. (September 2012). "Geological and radiological studies of the Mount Arafat, Mekkah, Saudi Arabia". Journal of Radioanalytical and Nuclear Chemistry (dalam bahasa Inggeris). 293 (3): 955–963. doi:10.1007/s10967-012-1776-0. ISSN 0236-5731. S2CID 95942060.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne