Gunung Bintang | |
---|---|
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 1,862 m (6,109 ka) |
Tonjolan | 1,570 meter (5,150 ka) |
Geografi | |
Lokasi | Daerah-daerah Kulim dan Baling, Kedah Daerah-daerah Hulu Perak dan Larut, Matang dan Selama, Perak |
Induk banjaran | Banjaran Bintang |
Gunung Bintang ialah sebuah gunung yang menjadi titik sempadan antara negeri Kedah dan negeri Perak, Malaysia. Tingginya 1,862 meter dari aras laut.[1] Ia merupakan sebahagian daripada gunung dalam deretan Banjaran Bintang yang menganjur dari Selatan Thailand sehingga ke Beruas, Perak, dan juga adalah kemuncak tertinggi banjaran ini.
Puncak Bintang juga menandakan titik pertemuan empat daerah, iaitu Kulim dan Baling di sebelah Kedah, dan Hulu Perak dan Larut, Matang dan Selama di sebelah Perak. Ini bermakna sekiranya pengunjung berjaya sampai ke kemuncaknya, maka mereka telah berada di keempat-empat daerah tersebut pada suatu masa yang sama.[2]