Gunung Marapi | |
---|---|
![]() Gunung berapi Marapi | |
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 2,891.3 m (9,486 ka) |
Tonjolan | 2,116 m (6,942 ka) |
Geografi | |
Induk banjaran | Banjaran Bukit Barisan |
Geologi | |
Jenis gunung | Gunung berapi kompleks |
Letusan terakhir | Jun 2017 |
Gunung Marapi merupakan sebuah gunung berapi yang terletak provinsi Sumatera Barat, di pulau Sumatera, Indonesia, iaitu berhampiran bandar Bukittinggi. Ketinggian gunung ini 2,891 meter. Gunung ini tergolong sebagai gunung yang paling aktif di pulau Sumatera.
Gunung ini dipercayai dalam penceritaan orang Minangkabau sebagai petempatan pertama mereka setelah kapal mereka mendarat di gunung ketika ukurannya sebesar telur dan dikelilingi oleh air.[1] Ada sejumlah besar batu penguburan tegak (menhir) di wilayah yang berorientasi ke arah gunung yang menunjukkan makna budayanya.[2]