Gunung Telapak Buruk | |
---|---|
![]() | |
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 1,193 m (3,914 ka) |
Geografi | |
Lokasi | Daerah-daerah Jelebu dan Seremban, Negeri Sembilan |
Induk banjaran | Banjaran Titiwangsa |
Pendakian | |
Laluan paling mudah | Bukit Tangga di Laluan Persekutuan 86 |
Gunung Telapak Buruk (Jawi: ڬونوڠ تلاڤق بوروق), juga dikenali sebagai Telapa Buruk atau Telapak Buruk, merupakan sebuah gunung yang terletak di antara Kampung Ulu Klawang, Jelebu dan Pantai, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia. Berdiri pada ketinggian setinggi 1,193 meter (3,913 kaki) dari aras laut,[1] ia merupakan puncak ketiga tertinggi di Negeri Sembilan dan puncak tertinggi yang sepenuhnya berada di dalam negeri tersebut.
Gunung Telapak Buruk menjadi tumpuan pendaki gunung untuk mendaki di Negeri Sembilan kerana ia merupakan antara gunung tertinggi di negeri itu.[2]
Gunung ini terletak pada latitud 2°50'28" U dan longitud T102°04'14" T.