HH-60 Jayhawk | |
---|---|
Peranan | Helikopter Mencari dan Menyelamat (SAR) |
Pengeluar | Sikorsky Aircraft |
Status | Aktif |
Pengguna utama | Pengawal Pantai Amerika Syarikat |
Jumlah dibina | 42 |
Dibangunkan dari | HH-60H Rescue Hawk |
Sikorsky HH-60J Jayhawk adalah sebuah helikopter Mencari dan Menyelamat (SAR) jarak sederhana yang memiliki enjin berkembar. Ia dibangunkan berdasarkan HH-60H Rescue Hawk,[1] yang mana merupakan versi khas bagi helikopter SH-60 Seahawk milik Tentera Laut Amerika Syarikat. Selain SAR, HH-60 juga digunakan untuk memintas penyeludupan dadah, mengangkut kargo dan melaksanakan operasi khas. Ia telah dibangunkan untuk Pengawal Pantai Amerika Syarikat bagi mengantikan penggunaan helikopter Sikorsky Aircraft HH-3F Pelican yang usang pada tahun 1986.