Untuk kapal dengan nama yang sama, lihat HMS Ark Royal.
![]() HMS Ark Royal pada 1939, bersama pesawat Swordfish dari Skuadron Udara 820 Tentera Laut sedang melintas di udara
| |
Ringkasan kelas | |
---|---|
Didahului oleh: | kelas Courageous |
Diganti oleh: | kelas Illustrious |
Sejarah | |
![]() | |
Nama: | Ark Royal |
Bersempena dengan: | Ark Royal (1587) |
Dipesan: | Program pembinaan 1934 |
Pembina: | Cammell Laird |
Dibaringkan: | 16 September 1935 |
Dilancarkan: | 13 April 1937 |
Ditauliah: | 16 Disember 1938 |
Pengenalan: | Nombor pennant: 91 |
Moto: | Desire n'a pas Repos – "Zeal Does Not Rest" |
Penghargaan dan anugerah: |
|
Takdir: | Ditenggelamkan oleh U-81, 14 November 1941 |
Ciri-ciri umum | |
Jenis: | Kapal induk pesawat udara |
Sesaran: |
|
Panjang: |
|
Lunas: | 94 ka 9.6 in (28.895 m) |
Draught: | 27 ka 9.6 in (8.473 m) |
Installed power: |
|
Jana kuasa: | 3 × syaf; 3 × turbin stim bergear |
Halaju: |
|
Jarak: | 7,600 nmi (14,100 km; 8,700 bt) at 20 knot (37 km/j; 23 mph) |
Anak kapal: | 1,580 pegawai dan kelasi |
Persenjataan: |
|
Perisai: | |
Pesawat yang dibawa: |
|
Kemudahan penerbangan: | 2 × katapel |
HMS Ark Royal (nombor pennant 91) adalah sebuah kapal induk Royal Navy yang berkhidmat semasa Perang Dunia II.
Direka pada 1934 untuk memenuhi larangan Perjanjian Tentera Laut Washington, Ark Royal telah dibina oleh Cammell Laird di Birkenhead, England, dan siap pada November 1938. Reka bentuknya berlainan dari kapal induk yang sebelumnya. Ark Royal merupakan kapal pertama dimana hangar dan geladak penerbangan adalah bahagian integral dengan badan kapal, bukannya ditambah atau sebahagian dari superstruktur. Direka untuk membawa sejumlah besar kapal terbang, ia mempunyai dua tingkat dek hangar. Ia berkhidmat dalam tempoh yang pertama kali melihat penggunaan meluas kuasa udara tentera laut; beberapa taktik kapal induk dicipta dan diperhalusi di atas Ark Royal.
Ark Royal berkhidmat di beberapa kancah tentera laut paling aktif dalam Perang Dunia Kedua. Ia terlibat dalam pembunuhan udara dan pembunuhan U-boat pertama semasa perang, operasi diluar pantai Norway, pencarian kapal tempur Jerman Bismarck, dan konvoi Malta. Ark Royal terselamat dari beberapa serangan yang hampir tepat dan mendapat reputasi sebagai 'kapal bertuah'. Ia telah di torpedo pada 13 November 1941 oleh U-81 dan tenggelam pada keesokkan harinya: salah seorang dari 1,488 anak kapalnya terkorban. Penenggelamannya menjadi kes siasatan, dengan para penyiasat ingin mengetahui bagaimana kapal induk itu boleh karam, walaupun ada usaha untuk menyelamatkan kapal itu dan menundanya ke pangkalan laut di Gibraltar. Mereka mendapati beberapa kecacatan reka bentuk menyumbang kepada kehilangan ini, yang kemudiannya diperbaiki dalam kapal induk baru British.
Bangkai kapal telah ditemui pada Disember 2002 oleh sebuah syarikat tinjauan bawah laut Amerika dengan menggunakan sonar yang dipasang pada kenderaan bebas bawah laut, dibawah kontrak dari BBC untuk penggambaran dokumentari tentang kapal itu,[3] pada kedalaman kira-kira 1,000 meter (3,300 ka) dan hampir 30 batu nautika (56 km; 35 bt) dari Gibraltar.
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama pompom