Untuk kapal dengan nama yang sama, lihat HMS King George V.
![]() HMS King George V memasuki Apra Harbour, Guam bersama para kelasi atas dek pada 1945
| |
Sejarah | |
---|---|
![]() | |
Nama: | HMS King George V |
Pembina: | Vickers-Armstrong, Newcastle upon Tyne |
Dibaringkan: | 1 Januari 1937[1] |
Dilancarkan: | 21 Februari 1939[1] |
Ditauliah: | 1 Oktober 1940[1] |
Dibersarakan: | 1949 |
Struck: | 17 Disember 1957[1] |
Nama gelaran: | KGV |
Penghargaan dan anugerah: | |
Takdir: | Jual untuk sekerap, 1957 |
Nota: | Nombor pennant 41[2][1] |
Ciri-ciri umum | |
Kelas dan jenis: | Kapal tempur kelas-King George V |
Sesaran: | 42,200 tan (1941) |
Panjang: | 745 ka (227 m) |
Lunas: | 103 ka (31 m) |
Draught: | 32.6 ka (9.9 m) |
Jana kuasa: | |
Halaju: | 28.0 knot (51.9 km/j) (1941 trials) |
Jarak: | +5,400 batu nautika (10,000 km) at 18 knot (33 km/j) (11.9 tons/hour fuel burn) |
Anak kapal: | 1,314 hingga 1,631 anak kapal |
Persenjataan: |
|
Perisai: |
|
Pesawat yang dibawa: | 4 pesawat laut Supermarine Walrus, 1 katapel double-ended |
HMS King George V (nombor pennant 41) adalah kapal sulung dari lima kapal tempur British kelas-King George V Royal Navy. Mula dibina pada tahun 1937 dan ditauliahkan pada 1940, King George V beroperasi semasa Perang Dunia II dalam semua kancah utama peperangan, iaitu Atlantik, Mediterranean dan Pasifik, serta sebahagian daripada Armada Utama dan Armada Pasifik British. Pada Mei 1941, bersama-sama dengan HMS Rodney, King George V terlibat dalam usaha mencari dan memburu Kapal tempur Jerman Bismarck, di mana akhirnya menyebabkan kerosakkan teruk yang mengakibatkan kapal Jerman itu tenggelam. Pada 1 Mei 1942 kapal pembinasa HMS Punjabi karam selepas bertembung dengan King George V semasa dalam keadaan berkabus. King George V mengambil bahagian dalam Operasi Husky (iaitu pendaratan tentera Bersekutu di Sicily) dan mengebom pulau Levanzo dan pelabuhan Trapani. Ia juga mengiringi sebahagian armada Itali yang menyerah kalah, yang terdiri daripada kapal tempur Andrea Doria dan Duilio, ke Malta. Pada tahun 1945 King George V mengambil bahagian dalam operasi terhadap Jepun di Pasifik.
King George V telah dijadikan kapal pemerintah Armada Utama British pada 1 April 1941, ia kekal begitu sehingga perang berakhir dan menjadi sebuah kapal latihan pada November 1947.[3]