Hael Husaini | |
---|---|
Kelahiran | Hal Husaini bin Razmi 10 Disember 1987 |
Pekerjaan | Penyanyi, Komposer , Penerbit , Pelakon |
Tahun aktif | 2006–kini |
Kerjaya muzik | |
Genre | Soul, R&B, Balada |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | |
Pengkarya berkait | Azhar Osman, Dayang Nurfaizah, Haqiem Rusli, Naim Daniel, Azhael |
Hal Husaini Razmi atau lebih dikenali sebagai Hael Husaini (lahir 10 Disember 1987) merupakan seorang penyanyi, komposer dan pelakon Malaysia. Beliau mula mencipta nama sebagai penyanyi solo sejak 2017 melalui single yang bertajuk Jampi. Beliau juga merupakan Juara untuk Anugerah Juara Lagu (AJL) sebanyak dua kali pada tahun 2018 dan 2019. Selepas Jampi, beberapa lagu Hael Husaini turut mencipta beberapa kejayaan seperti Haram, Hajat, Hati, Kelentang-Kelentong dan banyak lagi.