Hafeez Mikail | |
---|---|
Kelahiran | Muhd Hafiz bin Muhd Zaki 8 Ogos 1992 Taman Melati, Kuala Lumpur, Malaysia |
Pendidikan | Ijazah Sarjana Muda Rekaan Grafik & Multimedia |
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
Pekerjaan | Pelakon, model |
Tahun aktif | 2010–kini |
Pasangan | Noor Azira Azman (k. 2023) |
Muhd Hafiz Muhd Zaki (lahir 8 Ogos 1992) atau lebih dikenali sebagai Hafeez Mikail ialah pelakon dan model lelaki Malaysia.[1][2][3] Memulakan kerjaya dalam dunia hiburan tanah air pada 2010, beliau terkenal menerusi watak Tengku Zarul dalam drama Hati Perempuan, Megat Wakeel dalam drama Tiada Arah Jodoh Kita dan AJ dalam Kenyalang I'm In Love. Pada 6 Mei 2023, beliau selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihan hatinya Noor Azira Azman.