Hailee Steinfeld

Hailee Steinfeld
Hailee Steinfeld di San Diego Comic-Con pada Julai 2018.
Kelahiran (1996-12-11) 11 Disember 1996 (umur 28)
PekerjaanPelakon, Model
Tahun aktif2007 - kini
Saudara
  • Jake Steinfeld (bapa saudara)
  • True O'Brien (sepupu)
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Republik
Pengkarya berkait
Laman sesawang
haileesteinfeldofficial.com

Hailee Steinfeld (lahir 11 Disember 1996)[1] merupakan seorang pelakon, model dan penyanyi wanita Amerika Syarikat. Beliau mula dikenali menerusi watak lakonannya sebagai Mattie Ross dalam filem True Grit, di mana beliau telah dicalonkan untuk Anugerah Akademi bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Anugerah Screen Actors Guild untuk Persembahan Cemerlang oleh Pelakon Wanita dalam Peranan Sokongan dan Anugerah BAFTA untuk Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Utama. Beliau juga melakonkan watak Petra Arkanian dalam filem aksi cereka sains 2013 Ender's Game.[2] Beliau juga melakonkan watak Juliet Capulet dalam filem Romeo & Juliet (2013), Zooey Renner dalam filem 3 Days to Kill (2014) dan Violet Mulligan dalam filem Begin Again (2014). Beliau melakonkan watak Emily Junk dalam siri filem Pitch Perfect (2015 - 2017), seterusnya memegang watak sebagai Nadine Franklin dalam filem The Edge of Seventeen (2016) di mana beliau menerima pencalonan di Anugerah Golden Globe.

Selepas menyanyikan lagu "Flashlight" dalam filem Pitch Perfect 2, Hailee Steinfeld melancarkan versi saduran lagu tersebut dan kemudiannya menandatangani kontrak bersama Republic Records. Beliau melancarkan single sulungnya, "Love Myself", yang menerima pensijilan platinum di beberapa negara, dan seterusnya melancarkan EP sulungnya, Haiz. Pada 2016, beliau melancarkan single "Starving", dengan kolaborasi bersama Grey dan Zedd, yang menduduki nombor 12 di carta Billboard Hot 100. Selain dalam kerjaya lakonannya, Hailee Steinfeld juga bergiat aktif dalam pemodelan. Pada Mei 2011, beliau dilantik sebagai wajah Miu Miu, tidak lama selepas True Grit ditayangkan.[3]

  1. ^ Riley, Jenelle (December 13, 2010). "A Girl With 'Grit'". Back Stage. Dicapai pada December 20, 2010.
  2. ^ "Ender's Game". Box Office Mojo. April 3, 2014. Dicapai pada April 3, 2014.
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Miu1

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne